Tahniah GAP kerana menjadi jurubicara umat blog tanpa jemu-jemu walaupun tidak mendapat ganjaran wang ringgit dari mana-mana pihak. Kami percaya dan yakin ramai lagi anak-anak muda yang macam GAP yang memblog kerana sayangkan agama, bangsa dan negara.
Mengelar orang macam kami bloggers ini sebagai 'goblok' adalah satu penghinaan kepada media baru. GAP dalam posting terbaru menyentuh perkataan 'goblok' yang diucapkan oleh seorang pembesar parti pemerintah.
Terlajak perahu boleh diundurkan, terlajak kata buruk padahnya. Tak cantik benar kalau perkataan itu di lahirkan dengan niat hendak ditujukan kepada kami bloggers ini. Kalau ianya tanpa niat dan kerana terlepas cakap, ianya wajar diperbetulkan oleh orang yang mengucapkannya.
Media maya sudah memainkan peranan yang sangat besar dalam memenangkan dan menjatuhkan sesebuah kerajaan. Obama berjaya memecahkan rekod sebagai presiden kulit hitam pertama di Amerika Syarikat, sebabnya kerana kehebatan pasukannya dalam menguasai media maya.
Ada pula yang cuba menjengkeli bloggers yang berposah tanpa waktu untuk berada di medan perang siber. Strategi ini, kami yakin bukan pilihan terbaik untuk kita berhadapan dengan kebangetan anak muda sekarang yang komputer 'savvy' diabad ini.
Adakah ada pihak yang sudah ' out of date' dengan realiti sebenar perjuangan di lapangan sekarang ? Kalau kita sudah terkebelakang maka sukarlah untuk kita mendayung kehadapan. Susah ini tuan Presiden !
Maaf, kami menulis bukan kerana nama, tetapi kerana agama, bangsa dan tanah air.
No comments:
Post a Comment