YB DS Zahrain Md Hashim mengotakan janjinya bahawa dia akan bawa lebih ramai MP atau Adun atau bekas Adun Pkr keluar parti.
Semalam bekas Timbalan Ketua Menteri P.Pinang dan Adun Penanti Fairus Khairuddin mengumumkan keluar PKR utk masuk UMNO di majlis Silat Gayung dihadiri PM.
Hari ini MP PKR Nibong Tebal Tan Tee Beng baru umum keluar PKR. Nampaknya Tan serius dengan hasratnya untuk menyaman KM Lim Guan Eng, jalan pertama adalah menjadi MP bebas. Kalau tidak sudah tentu dia akan di hadapkan ke JK Disiplin parti.
Hari ini juga Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim yang baru meletakkan jawatan sudah rasmi keluar PKR. Waktu letak jawatan Januari lalu katanya beliau masih kekal ahli PKR. Beliau menyebut dalam pelbagai kemelut peribadi yang melanda pemimpin Pkr sekarang, sukar untuknya mempercayai pimpinan utama parti lagi.
Sementara itu MP Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin sedang menunggu masa yang terbaik untuk keluar parti. Jalan terdekat beliau adalah tak mahu mengadap JK Disiplin parti yang akan bersidang 3 ptg ini. Zul tidak berpuas hati cara Pkr yang pro DAP dalam menangani isu kalimah Allah.
Berita angin sedang bertiup kencang 2 orang MP Pkr dari Perak dan Selangor sedang membuat persiapan terakhir untuk juga keluar Pkr.
No comments:
Post a Comment