Anwar telah melantik tiga orang pakar forensik dan Dna dari luar negara dalam kes liwatnya pada kali ini. Ketiga-tiga mereka hadir ke mahkamah mulai semalam. Mereka datang dari Australia dan India.
Bukan perkara baru, Anwar bergantung kepada pakar luar. Semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, beliau pernah hendak menjadikan IMF sebagai pakar rujuk kewangan negara ini. Beliau juga mengikut telunjuk pakar luar ketika menaikan kadar pinjaman (BLR) bank yang menjadikan ramai ahli perniagaan gulung tikar.
Ada dua isu dalam 'menjemput' pakar luar dalam isu liwatnya. Pertama - tak cukup pakarkah pakar forensik dan Dna yang dilahirkan oleh negara ini. Adakah pakar-pakar kita lekeh maka mereka tidak layak. Sudah merdeka lebih 50 tahun pun kita masih tidak mahu menghargai rakyat tempatan.
Kalau dalam soal peguam, Anwar boleh mempunyai 12 orang peguam pakar dalam bidang mereka untuk membelanya, amat pelik, dalam forensik dan Dna kita tidak mempunyai pakar yang benar-benar pakar yang Anwar boleh lantik. Ini soal sikap Anwar yang lebih percayakan orang luar dari orang tempatan.
Keduanya siapa yang membiayai pakar-pakar forensik dan Dna Anwar ini? Mereka ini sangat mahal bukan murah. Di bayar dalam US dollar semestinya. Adakah kerajaan negeri selangor membiayainya ? Anwar kan penasihat ekonomi kerajaan negeri selangor yang di biayai pejabat, pegawai, kereta dan keperluan yang lainnya.
Aduh dari mana Anwar dapat wang berjuta-juta untuk membiayai pakar-pakar perundangan, forensik dan Dna nya. Siapa yang membiayai Anwar? Adakah Yahudi, Soros, Cia Amerika, MP Australia ? Kenapa mereka membiayai Anwar? Mereka ada agenda besar untuk 'puppet' mereka? Amat menarik untuk diselidiki.
1 comment:
Bukan gitu kawan..
Lekeh bukan untuk di lekehkan..
Dah semua berpihak kpd syipol.. mana adilnya nanti..
Meraka dtg semua secara sukarela untuk mencari kebenaran, itu pun jika ada keadilan dlm perbicaraan.
Bersihkan hatimu wahai kawan..
Post a Comment