Berbuih Pengerusi BN bercakap soal transformasi, namun pemimpin BN yang ramainya masih berada ditakuk lama. Bukan mudah nak buat perubahan tatkala politik perut masih menjadi agenda dan politik perjuangan di kesampingkan.
Yang lebih haru adalah bila pemimpin tak mahu berubah maka parti berada di takuk lama. Dalam politik Malaysia yang pantas bergerak sekarang, parti yang masih berada di takuk lama sudah pasti di jengkeli oleh rakyat.
Sejarah adalah panduan dan ikutan namun tak semestinya sejarah itu benar selama-lamanya. Sejarah bukan lah kitab suci. Mereka yang bermain dengan sejarah adalah mereka yang takut berhadapan dengan realiti kebenaran.
Kuota calon cuma panduan, ia bukan sifir yang benar untuk mencapai kejayaan. Di Hulu Selangor, kerusi ini pernah di menangi oleh Umno, oleh Mca, oleh Gerakan dan oleh Mic. Semua pemimpin komponen perlu sedar politik adalah satu proses yang bergerak dan bukan statik. Kerana itu juga lah Hulu Selangor kekal kepada BN sebelum ini kerana pemain-pemain politik sebelum ini faham pergerakan politik yang berlaku.
Memahami pergerakan politik sangat penting, ia adalah suara benar rakyat. Rakyat telah bersuara melalui peti undi dan mereka akan terus bersuara melalui peti undi jika ada yang masih tak mahu dengar gelojak hati rakyat.
Menjadi Ahli Parlimen 3 penggal dan tewas pada penggal yang ke 4 adalah sangat memeritkan. Itu SIGNAL rakyat. Kalau ada yang kembali ingin mencuba untuk penggal yang ke 5, kita takut dia akan terus terpenggal dengan kudrat rakyat.
Kenapa takut sangat nak kemukakan calon baru. Cikgu Partiban di Ijok adalah contoh dimana calon baru yang muda dan disenangi dihidangkan kepada rakyat. Tapi itu adalah sejarah semalam yang dihanyutkan oleh Tsunami politik yang melanda.
Isunya di Hulu Selangor bukan parti, tetapi calon. Rakyat hendakkan calon BN yang 'fresh'. Yang boleh membawa harapan rakyat dan kebajikan rakyat. Dari Umno ke, dari Mic ke dari Mca ke rakyat tak kisah. Tapi kalau nak menang besar calon Umno adalah pilihan utama rakyat.
Rakyat semakin GELI dengan Pkr. Rakyat sudah muak dengan politik kepuraan-puraan. Tapi jangan juga penyapukan rakyat. Jangan cuba-cuba, nanti akan di hanyutkan oleh gelombang yang lebih besar. Hargai lah kebijakan rakyat.
Benar kata DS Najib, berubah lah atau kita akan rebah.
3 comments:
bro, saya setuju dgn hang. tak perlu pertaruhkan semula kuda tua
Syabas, satu analisa yang baik, betul & setuju 100% dengan tulisan tuan kali ini, rakyat negeri Selangor khususnya lebih memandang kepada calon berbanding parti. Kami mahu yang berkhidmat bukan hanya menunjuk muka semasa pilihanraya semakin hampir.
betull saya pun sokong..cari muka baru yang kurang masalah..TETAPI kalau kuda tua...yang dia punya...power personal touch cam TS Isa Samad masih ok lagi la..
Post a Comment