Tuesday, March 2

Tsunami Pkr

Kami mendapat maklum sudah hampir pasti 2 orang MP Pkr akan mengistiharkan diri sebagai MP Bebas. Mereka sedang menunggu masa terbaik untuk berbuat demikian. Mungkin minggu depan atau akhir bulan ini.

Datuk Salehuddin bekas Setiausaha Agung Pkr pulak beritahu bukan 2 tetapi 10 orang yang akan menyertai Bebas dari Pkr. Datuk Salehuddin adalah seorang ahli korporat sebelum terjun menjadi ahli Pkr dan diangkat menjadi Setiausaha Agung oleh Anwar Ibrahim.

'Cakap Salehuddin boleh dipegang' kata seorang kawan lama pimpinan MPT Pkr. Dia seorang yang 'non nonsense' dalam politik. Alahmak, konfom lah 8 orang lagi akan menyusul. Haru biru jadi politik Pkr ni lepas 10 orang ni melepaskan keahlian mereka dalam parti 3 A itu.

Tsunami politik Pkr akan melanda. MP-MP ini akan bergilir-gilir melepaskan keahlian Pkr pada setiap bulan. Lari malam dibuatnya Anwar Ibrahim kali ini.

Semalam di Sabah Anwar beritahu yang YB Zahrain dan YB Tan Tee Beng keluar Pkr adalah dakyah utusan malaysia. Cuma kita nak dengar apa kata dia, apabila setiap bulan ada YB Pkr yang keluar parti. Waktu itu kita boleh gelarkan dia Raja Penipu Rakyat.

Tsunami Pkr. Itu sudah pasti.

2 comments:

hahn said...

Wah seperti membayar ansuran bulanan pula.

Kalau semakin ramai sangat keluar Anwar boleh dikatakan semakin salah pilih.... atau kah mereka tersilap pilih Anwar?

Tak pula Anwar terfikir sampai begitu.

Ni dah macam pasar...

hanizam said...

lepas ni mesti nuar bontot takut nak cakap "we have the number"...

tapi istilah sinonim..."are u ok??"