Wednesday, March 3

PKR Gulung Tikar

Nampaknya segala-galanya jelas menjadi kenyataan dalam Tsunami Pkr. Ahli Parlimen PKR Bagan Serai Mohsin Fadzil Shamsuri sebentar tadi umum keluar parti untuk jadi MP Bebas.

Tindakan YB Muhsin itu memeranjatkan banyak pihak dalam keadaan Lim Kit Siang membuat kenyataan bahawa Dap akan terus mempertahankan Anwar sebagai Ketua Pembangkang walaupun dia menghadapi tuduhan liwat kali kedua.

YB Muhsin adalah antara YB yang low profile tetapi mempunyai hubungan yang akrab dengan Anwar Ibrahim dan keluarga nya. Muhsin memberitahu bahawa beliau semakin tidak tahan dengan gelagat penipuan demi penipuan yang di buat oleh Anwar kepada rakyat.

Selain dari itu menurutnya lagi, kes Liwat terbaru dengan Saiful yang semakin jelas juga membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap ketua umum Pkr itu.

Sementara itu bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim dakwa jumlah MP PKR yang nak cabut dah bertambah dari 10 orang ke 18 dari baki 28 MP. Menurutnya beberapa siri perjumpaan telah beliau buat dengan MP-MP berkenaan. Hasil pertemuan itu sangat positif.

YB Kapar Manikawasagam dan YB Kelana Jaya Loh adalah mereka yang disebut-sebut hampir pasti membuat keputusan selanjutnya mengikut YB Muhsin yang menjadi MP bebas.

YB Kapar dan Kelana Jaya itu turut hadir kelmarin ketika YB Tan Tee Bing, Nibung Tebal istihar keluar dari PKR.

Kini PKR konfim gulung tikar.

1 comment:

Anak Lenggong said...

Tiada apa yang dihairankan disebabkan kebanyakan pemimpin PKR sekarang ini merupakan kumpulan baru yang menyertai anuar setelah beliau keluar daripada sg buluh pada tahun 1998..so..segala yang busuk itu maseh disimpan rapi oleh nuar ..tetapi lama kelamaan bau busuk anuar mula merebak keluar dan terhidu oleh puak puak ini mereka baru sedar bahawa mereka hanya dipergunakan oleh anuar demi untuk kepentingan peribadi beliau sahaja..sebab itu lah kebanyakan kelompok pemimpin anuar sewaktu mula zaman reformasi dahulu semuanya telah keluar meninggalkan anuar.