Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR dalam mesyuaratnya petang ini MEMECAT Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin. Menurut sumber, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri oleh majoritinya pemimpin yang bukan Islam.
Keputusan ini adalah dijangkakan oleh banyak pihak kerana lebih separuh anggota MPT Pkr adalah bukan Islam. Keputusan ini juga dilihat sebagai MPT Pkr memulang paku buah keras kepada Zulkifli yang memperjuangkan isu-isu Islam secara terbuka dan berani.
Dengan keputusan itu maka Zulkifli kini menjadi ahli parlimen Bebas. Dua minggu ini Pkr kehilangan YB Muhsin, YB Tan Tee Beng dan YB Zahrain yang meloloskan diri dari menjadi ahli Pkr.
Polemik Zul agak sadis. Dia seorang yang berpegang kepada prinsip Islam. Dia telah mengkritik keras keputusan MPT Pkr yang tunduk kepada perintah gereja katolik yang mahukan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut kristian.
Beberapa hari lalu Zul keluar dari mesyuarat Lembaga Disiplin Pkr kerana membantah tiga dari empat orang ahli lembaga itu adalah penganut agama kristian. Zul berpendapat oleh kerana kesnya berkenaan kalimah Allah tentunya komposisi ahli lembaga seperti itu akan menjadikan keputusan lembaga itu pro kristian.
Dengan pemecatan ini maka jelaslah Pkr adalah sebuah parti yang pro kepada agama bukan Islam dan akan menghukum mana-mana pemimpin yang cuba memperjuangkan Islam.
Kami ucapkan selamat berjuang kepada YB Zulkifli. Perjuangan diluar parti adalah jauh lebih bermakna dari dalam parti yang dikuasai oleh mereka yang punyai kepentingan meminggir dan menentang Islam.
1 comment:
Marilah kita orang Islam menyokong Zul jika diadakan PRK nanti!
Post a Comment