Saturday, April 10

Kenapa Calon India di tolak Pkr di Hulu Selangor ?

Benarkah Pkr parti berbilang kaum ? Benarkah Pkr prihatin kepada masyarakat India ? Benarkah Pkr tidak ultra Melayu ? Atau itu sekadar slongan, omongan atau retorik kosong ? Begitu lah nampaknya !

Pilihanraya kecil Hulu Selangor menjadi jelas dengan warna sebenar Pkr. Ia sekadar sebuah parti oportunistik. Mengambil kesempatan dari kekalutan orang lain.

Sewaktu Hindraf bangun megah, bukan kah Pkr yang menjadi pengerak kepada gerakan hindu ini ? Pkr menjanjikan bulan dan bintang kepada Hindraf. Pkr mengambil untung dari kacau bilau yang di buat oleh hindraf. Hasilnya masyarakat India cenderung undi Pas, Pkr dan Dap dalam PRU 12 yang lalu.

Setelah Pkr, Pas dan Dap menang besar di Parlimen dan menawan 6 buah negeri, Hindraf dicampak, dibuang bagai anjing kurap. Hindraf tidak dipedulikan oleh Pkr. Keringat Hindraf di perah oleh Pkr.

Perjuangan Hindraf adalah untuk memertabatkan kepentingan masyarakat India di negara ini. Namun setelah susu nya di ambil, Pkr terus membuang hasrat perjuangan Hindraf dari agenda mereka.

Tatkala itu lah BN bangun membela masyarakat India dengan menghadiahkan kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada masyarakat India. UMNO terpaksa membuangkan egonya dengan memberikan laluan calon kepada masyarakat India.

Calon BN juga sebenarnya bukan MIC kerana calon favorites Presiden MIC tidak mungkin bertanding di Hulu Selangor. UMNO juga mengajar MIC untuk membuangkan ego demi kemenangan BN.

Yang agak unik adalah apabila calon dari masyarakat India itu ditentukan oleh UMNO bukan MIC. UMNO mengambil langkah begitu untuk menyatukan masyarakat India yang terlalu perpecah sekarang. UMNO menjadi orang tengah kearah menyatukan semula masyarakat India. Kini orang MIC, IPF, PPP, Hindraf semakin rapat dan dekat dan mesra hasil dari keputusan dan dorongan Presiden UMNO dan Pengerusi BN, DS Najib Tun Razak.

Manakala Pkr terus ego mempertahankan calon Melayu nya dalam pengundi majmuk di Hulu Selangor. Semakin sah, Zaid Ibrahim adalah pilihan Pkr. Pkr memang pandai bermuka-muka. Semoga masyarakat India tidak terus lemas di permainkan dengan dakyah dan tipu helah Anwar.

2 comments:

merbok said...

ler.. mana ketuanan melayu? ini wakil rakyat beb.. kawasan majoriti melayu awat pi letak mic? mana perkasa? pekida mana?? takkan nak biaq jadi macam ni? apa kata rakyat melayu hulu selangor?? awat tak calon mat taib?? apa ni?

Unknown said...

Demi perpaduan kami mahu Tan Sri Dato Hj Muhd Taib sebagai calon MP Hulu Selangor........jika setuju sila klik katsini

....jika tak setuju pula klik katsini