Monday, April 12

Kenduri Rakyat -Hulu Selangor

Barisan Nasional memulakan operasi di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor dengan momentum baru, KENDURI RAKYAT. Penemuan baru ini membuka ruang kerjasama erat antara jentera tempatan di Hulu Selangor dengan jentera seluruh BN Selangor yang mula berkampung di sini.

Kenapa kenduri rakyat ? Kenduri adalah perhimpunan keluarga dan jiran. Kenduri rakyat adalah perhimpunan yang merakyat penduduk setempat. Kenduri ini milik rakyat.

Sambutan kenduri rakyat malam tadi amat luar biasa. Kesemua lebih dari 200 bilik operasi BN telah mengadakannya secara serentak. Nampaknya rakyat Hulu Selangor memang peka dengan pilihanraya pada kali ini. Ramai yang berkunjung, melayu-cina-india bertegur sapa.

Sok sek sok sek, ceritanya cuma satu. BN akan menang kali ini. Soal calon bukan isu, asalkan bukan yang lama ! Sangat menarik, BN masih pilihan rakyat tapi dengan bersyarat. Syarat nya mudah, bukan calon yang lama. BN tidak pernah ketandusan calon baru yang berwibawa ! Kami yakin DS Najib akan mendengar keluhan rakyat.

2 comments:

mohd said...

aku harap bn menang.tapi janganlah banyak buat program yang mendatangkan syok sesama sendiri.aku banyak sudah pilihan raya kecil bn pergi bersantai sahaja.

mat nisfu said...

Jangan lupa Kenduri Rakyat di Bandar Sungai Buaya pada 15.4.10 @ 8.30 pm. Majlis ini utk menzahirkan kesyukuran penduduk2 setempat kerana PLUS telah umum utk buat interchange di situ.

Persoalannya, adakah impian ini benar - benar akan menjadi kenyataan.? PD PRU lepas pun, Datuk Palanivel ckp kerajaan dah lulus nak buat interchange, tapi habuk pun tak dak. Tetiba bila ada PRK ni, entah macam mana PLUS buat pengumuman nk bina interchange.Entah jadi entah tidak.

Ramai pak mentori akan turun kerana jemputan dianggarkan 5,000 org .Khabarnya TPM juga akan turun ke Bandar Sg Buaya sekali lagi.

Tapi awas, kalau Palanivel dicalonkan lagi , sah saluran undi di Bandar Sg Buaya akan jadi milik PKR sekali lagi.