Terus tekan orang melayu, terus tekan kakitangan awam melayu. Kalau di Pulau Pinang ada ADO melayu telah di pindahkan dan di gantikan oleh ADO cina. Itu cara yang LGE belajar dari LKY penjajah Singapura.
Di Selangor tak kurang hebatnya. Yang terbaru terdengar sumber yang menyebut YDP Majlis Perbandaran Klang (MPK) di belasah habis-habisan oleh orang tertentu yang rapat dengan Exco yang menjaga majlis perbandaran.
Alasannya kerana Pengarah Penguatkuasaan MPK tak mendengar cakap "orang atas" di bangunan SUK Shah Alam. MPK dikatakan telah membuat beberapa serbuan keatas spa dan rumah urut yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan di Klang.
Orang atas itu dikatakan tidak puas hati dengan tindakan MPK yang "tak dengar cakap" itu. Maka Pengarah dan YDP MPK di hentam kuat oleh orang-orang tertentu yang sangat rapat dengan orang atas. Dikatakan atas arahan orang atas. Arahannya - pastikan sampai Pengarah Penguatkuasaan dan YDP letak jawatan.
Panas punggung YDP dibuatnya. Dia cuma kakitangan awam. Dia bukan ahli politik. Dia kerja ikut buku. Dia tak kerja berdasarkan arahan politik. Orang politik mungkin bertukar setiap empat atau lima tahun. Tapi dia kakitangan awam bekerja sampai pencen.
Klang pulak bukan bandar sembarangan. Klang adalah Bandar Di Raja. Tamaddun klang telah wujud sejak zaman Melayu Melaka lagi. Tun Perak, Bendahara Melaka berasal dari Klang.
Campurtangan politik dalam pentadbiran MPK akan mengundang seribu masalah kepada pentadbir Bandar Di Raja Klang ini. Namun begitu lah nasib kakitangan awam sekarang yang terpaksa melutut melawan arus kekejaman rejim Khalid yang semakin menghalalkan apa yang haram di Selangor.
2 comments:
Moral of the story;
buruk-buruk rumah kita,jangan tinggalkan. jangan robohkan.
Masuk dalam rumah baru, tapi rumah orang, nak masak kat dapur orang tentu kekok. Nak tidur dengan isteri di rumah orang pun tak selesa. Nak ketuk paku kena marah.
Jadi; marahkan nyamuk jangan kelambu dibakar, sebab rumah sendiri pun akan terbakar.
Jangan pulak nak tumpang kasih kat rumah orang.
Oh Tuhan! Sedarkanlah bangsaku...
Tahniah dan syabash kepada Melayu Pulau Pinang. Itulah caranya hendak maju dalam persainagn dunia global tanpa sempadan, siapa pandai, siapa cerdik siapa banyak strategi dialah yang berkuasdan berjaya menguasai segalanya.
Post a Comment