Dahsyat rupanya politiking dalam PKR pusat ini. Pilihanraya Hulu Selangor menyaksikan percaturan kem-kem dalam Pkr yang amat luar biasa.
Kem presiden yang dibantu oleh suaminya mencadangkan calon yang ada stature Datuk Zaid Ibrahim. Alasannya mudah, kita nak calon yang wibawa - seorang bekas menteri - menurut sumber. Persoalan nya adakah Zaid pemimpin yang berwibawa ?
Kem Naib Presiden Azmin Ali mencadangkan Dr Badrul Amin. Alasannya Badrul ini adalah pejuang asli reformis. Dia pernah masuk ISA dan punya wibawa pendidikan.
Kem Naib Presiden Sivarasa mencadangkan Surentheren. Dia seorang peguam. Rapat dengan Sivarasa dan Manikavasagam.
Kem cina Dr Lim Boon Chye pulak mencadangkan Dr Tan Yee Yew. Dia bekas Naib ketua Wanita Mca, bekas Timbalan Menteri.
Kem sosialist Dr Syed Hussin, Timbalan Presiden pulak perjuangkan Syed Shahir, presiden Mtuc. Dia ketua cadang kelana jaya.
Kem Amk pulak cadangkan Ketua nya sibuncit yang pernah terkencing dalam seluar itu. Mereka minta pemuda diberikan tempat dalam Prk kali ini.
Cabang Hulu Selangor pulak nak calon tempatan. Mereka mencadangkan Dr Halili Rahmat, orang Hulu Selangor seorang pakar bedah otak.
Mesyuarat pilih calon yang sepatutnya berlangsung di Ibu Pejabat Pkr telah ditangguhkan ke rumah presiden untuk mengurangkan bahang kepanasan melobi calon yang amat luar biasa ini.
Nampaknya Pkr mempunyai pilihan calon yang ada kelebihan, kekurangan dan kelemahan. BN pulak macam mana ? Masih nak kekalkan calon lama lagi tu ke ?
3 comments:
Jika nak dikira, memang azab sangat nak memilih calun PRK niiihh...
Salah2 langkah kita akan kecundang. Apa yang berlaku dalam PKR, kita jangan fikir itu masaalah bagi depa. Mungkin itu tektik depa nak bagi kita lalai bagi kita memilih calunkita dalamBN.
Salam Bro.. Tolong senaraikan nama2 org kuat dalam BN yang telah masuk parti pembangkang??? brapa ekor yer
Salam Bro.. Tolong senaraikan nama2 org kuat BN yang telah masuk parti pembangkang??? brapa ekor...
Post a Comment