Thursday, April 29

Why Ezam ?


UMNO ditubuhkan dalam tahun 1946. Sejak ditubuhkan UMNO melalui proses kematangan kepimpinan dari masa ke semasa. Ramai pemimpin nya pernah berhijrah dari satu parti ke satu parti kerana idealisme perjuangan. Tapi akhirnya mereka kembali mendakap UMNO dan UMNO semakin kuat selepas itu.

Pengasas UMNO Datuk Onn Jaafar keluar parti dan menubuhkan Parti Negara. Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman juga pernah keluar UMNO masuk S46 dan selang beberapa tahun kembali semula bersama UMNO. Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn juga pernah ikut bapanya keluar UMNO dan selang beberapa tahun kemudian kembali semula ke pangkuan UMNO.

Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir pernah keluar UMNO bila dipecat oleh Tunku Abdul Rahman dalan tahun 1969. Kemudian Tun diterima kembali kedalam UMNO oleh Tun Razak.

Tengku Razaleigh Hamzah, Rais Yatim, Sabree Cheek pernah keluar UMNO menubuhkan S46. Sekarang mereka berada dalam UMNO dan pegang jawatan kabinet lagi.

Kenapa ini berlaku ? Ia berlaku kerana idealisme perjuangan yang tinggi dikalangan pemimpin yang boleh mencipta dan membuat sejarah perjuangan melayu yang tersendiri.

Ia berlaku kerana UMNO mempunyai besi berani yang sangat kuat yang berjaya menarik mereka semula untuk memperkuatkan parti tatkala UMNO sedang goyah.

Ia berlaku kerana proses pembetulan kepimpinan ( correction leadership ) dalam UMNO yang berlaku setiap 10 tahun. Selepas proses ini biasanya UMNO akan lebih kuat, padu dan mantap untuk memacu kegemilangan yang lebih hebat.

Sekarang giliran Ezam and the gang kembali bersama UMNO. Ya, menjadi bahan polemik seperti yang pernah berlaku kepada Datuk Onn, Tun M, Tengku Razaleigh dan yang lain nya.

Adakah kehadiran semula Ezam and the gang ke dalam parti berjaya menguatkan semula UMNO ? Jawab lah secara jujur.

Sudah 9 orang Ahli Parlimen dan Adun gang Ezam keluar PKR dan sokong kepimpinan DS Najib, adakah itu tidak menguatkan UMNO ! Kerajaan Zamry Perak dapat dinobatkan bila 2 orang gang Ezam sokong Zamry di DUN Perak, adakah itu tidak menguatkan UMNO !

Sudah berpuluh pemimpin utama PKR peringkat kebangsaan keluar parti, sudah beratus pemimpin PKR peringkat negeri keluar parti, adakah itu tidak menguatkan UMNO.

Musuh utama UMNO, Anwar ibrahim dan PKR sekarang sangat goyah kerana angkara Ezam and the gang, adakah itu tidak menguatkan UMNO. PKR tunggu masa untuk di talkinkan.

Khabarnya ezam akan di berikan amanah dan tugas yang lebih besar. Ramai rakan bloggers yang mengeletek Ezam and the gang, bila mereka menulis isu ini, kata parpukari, kata cucu tok selampit , kata gomo, kata bigdog.

Azli Shukri lebih berani bila dia menyebut "Ezam merupakan aset baru UMNO dalam usaha menggempur barisan pertahanan utama Anwar Ibrahim. Malah - andaikata DS Najib melantiknya sebagai menteri penuh sekali pun - saya fikir ahli-ahli UMNO akar umbi tidaklah perlu gelisah dan beralih arah. Sekurang-kurangnya - UMNO semakin bertambah dengan kepimpinan yang berkualiti."

Penulis pula sekadar teringin nak tahu apa sumbangan Datuk G Palanivel, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Noriah Mahat kepada politik UMNO dan BN yang membuatkan perlantikan mereka tidak dipersoalkan oleh rakan-rakan bloggers ?

Apa pun orang kata, Ezam and the gang terus bekerja untuk UMNO tanpa henti. Jemput hadir ke ceramah umum Ezam and the gang pada minggu ini :

Tarikh : 2 Mei 2010, Ahad, 9 mlm
Tempat : Padang Awam Kg Bukit Kapar Meru Klang
Anjuran : UMNO Bahagian Kapar

Datang, jangan tak datang, melihat kelibat anak-anak muda membentes Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Susah sangatkah 'menghentikan' Anwar Ibrahim hingga Najib terpaksa mengambil jalan jauh, sukar dan berliku liku...

Anonymous said...

Setuju dengan pandangan tuan. Pasukan pidato Ezam berani buat ceramah menyatakan kepalsuan yang dicipta oleh Anwar dan pembangkang. Pemimpin UMNO banyak yang takut mengutuk Anwar sebab nak beli insurans kot.

Sebab pencapaian diutamakan, memang layak Ezam dapat gelaran Senator.

Teruskan usaha untuk Ezam dan kawan-kawan. Saya bukan peminat Ezam atau pembodek tapi dari segi politik, melantik Ezam sebagai Senator adalah strategi yang tepat.

belia benci balaci said...

Ezam ni anti rasuah.Apa nama pertubuhan dia ketuai dulu tu khas untuk memerangi rasuah,gerak ke apa..

Elok jugak ezam ni dilantik jadi senator.Ezam ni jauh lebih berkualiti dan berkarisma dari ramai pemimpin2 umno yang ada sekarang.

Tapi misi no 1 ezam sepatutnya adalah memerangi anwar ibrahim,pengkhianat negara.

PAKATAN RAKYAT THAILAND MERAH said...

Ezam pun sama 6 kotak 8 kotak 10 kotak .abuk pun takdak. Aku rasa dia tahu anua kencing je dari dulu pun. Ikut ketua je. semua kencing berdiri. !! Utk Survival Politik . Anuar Sedia korban BangsAgama... MENDA NI RAMAI TAK BOLEH TAHAN.. geram hingga org mula syak ADAKAH DIA ada HOBI rahsia yg sukar dilupakan... Semakin beliau HANYUT MEMBURU undi minoriti, SEMAKIN beliau hilang undi majoriti AKAR TANAH MELAYU..! -PAKATAN RAKYAT THAILAND KUNING