Sunday, May 9

7 Menteri Baru

Kami meramalkan sekurang-kurangnya 7 orang menteri akan dilucutkan jawatan dan digantikan dengan muka baru. Rombakan kabinet adalah perkara yang mesti selepas pilihanraya kecil Sibu Sarawak.

Kelembabpan kabinet yang berusia dua tahun ini amat di rasakan. Ada menteri yang digelar menteri amaran oleh rakyat. Ada juga yang digelar menteri kapal selam tak tenggelam. Ada juga menteri yang sentiasa dikaitkan dengan aktiviti rasuah. Ini semua tidak baik untuk BN kalau ingin mempertahankan kerajaan yang ada menjelang tahun 2013.

Kabinet ini adalah kabinet lembab. Yang rakyat mahukan adalah kabinet tranformasi. Budaya senang lenang, budaya alpa, budaya komplesen sudah berakhir untuk mana-mana parti yang memerintah. Mengekalkan anggota kabinet yang ada maknanya, BN mencari jalan sukar dihadapan.

Nafas baru BN terletak dikalangan generasi muda sepatutnya. Generasi muda ini amat dekat dengan transformasi dan perubahan. Namun melihat dari kelibat kepimpinan pemuda umno sendiri, kita boleh buat keputusan mereka belum sampai ke standard perjuangan yang di mahukan oleh rakyat. Samada dalam Pemuda Umno, Mca atau Mic mereka ada pemimpin tapi mereka miskin kepimpinan dan perjuangan.

Ramai mereka yang diluar lingkungan yang mempunyai potensi membantu transformasi ini. Idris Jala adalah satu contoh hebat. Prestasinya hebat diluar dan dia dibawa terus masuk di dalam kabinet tanpa melalui proses menjadi timbalan menteri. Dari segi kepimpinan kabinet nampaknya dia lebih disenangi rakyat kalau nak banding dengan Koh Tsu Koon.

Kemasukan dua, tiga orang tokoh luar samada yang muda atau berpengalaman yang boleh menggerakkan massa, tidak dapat dipisahkan dalam rombakan kabinet ini. Politik adalah tentang massa. Kalau ahli politik tidak boleh mengerakkan massa maka sebenarnya mereka tunggu masa untuk di tumbangkan oleh massa.

DS Najib mempunyai banyak pilihan. Johan Jaafar, Kamalanathan, Zulkifli Nordin, Ezam Md Nor adalah nama-nama luar yang sentiasa dekat dengan massa. Mereka memiliki kekuatan masing-masing yang boleh menjadi pemangkin lonjakkan baru kepimpinan BN yang di rindui oleh rakyat.

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Antara Menteri Penuh:
KJ (sumber dari Pemuda Kelantan)
Mukhriz
Ezam
Zulkifli

Yang Terlondeh
Hisham ke lain kementerian
Zahid ke lain kementerian
Mamak Mohamad Nor Yaacob terlondeh terus
Johari Baharom

Yang Terpaksa simpan beku
Koh Tsu Koon
Palaniviel
Nazri

tebing tinggi said...

Pimpinan dan kempimpinan adalah faktor-faktor penting dalam menjayakan sesebuah organasasi mahupun negara. Qualiti kepimpinan dapat menilai barisan yang berkebolihan bukan hanya memenohi ruang-ruang yang kosong.
Pemimpin yang berwawasan mampu menilai barisan sokongan yang baik dan kalau sebaliknya pemimpin itu sediri harus dinilai semula.


1sekolah >1bahasa >1Malaysia

nizam9090 said...

harap harap begitu.....dan transform harus dari semua aspek...

weber said...

saya sokong..
perubahan yang dilakukan nanti mesti lebih dari sekadar menjatuhkan PR..
yang penting adalah menjuarai isu2 rakyat...