Wednesday, May 12

Ezam bertemu Anwar esok

Tanpa di atur, tanpa di rancang. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memanggil YB Ezam Md Nor untuk dikenal pasti sebagai saksi oleh mahkamah dalam perbicaraan kes Liwat Anwar Ibrahim esok.

Nama Ezam mula disebut oleh peguambela Anwar Karpal Singh hari ini. Saiful juga tidak menafikan bahawa dia pernah menemui Ezam sebelum dia ke hospital. Dia jumpa Ezam untuk mengadu yang dia telah di liwat oleh Anwar.

Ezam dan Saiful pernah berkongsi boss yang sama. Ezam pernah menjadi Setiausha Politik Anwar selama 3 tahun. Sebelum itu Ezam bekerja selama 5 tahun di IKD, sebuah think tank milik Anwar.

Ezam pernah mengaku Anwar tidak pernah " menyentuhnya " walaupun Ezam juga jambu seperti Saiful di zaman mudanya. Mungkin waktu itu Anwar ada Sukma adik angkatnya untuk dibelai. Sukma pernah tinggal sebilik bersama Anwar sewaktu Anwar bertugas di Yayasan Anda Akademik. Sukma juga ada bilik peribadi di rumah Anwar di Petaling Jaya dan Damansara.

Sukma dan Anwar sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas sebab teknikal. Bukan kerana Sukma dan Anwar tidak meliwat tetapi mereka melakukannya dengan sukarela bukan secara paksa. Mahkamah Federal juga tidak menafikan perbuatan seks liwat itu pernah berlaku diantara mereka berdua.

Sudah lama Anwar tidak bertentangan mata dengan Ezam. Menarik untuk tatapan rakyat. Ezam keluar dari PKR kerana dia tidak lagi sanggup berada dalam konspirasi Anwar yang munafik dan kaki seks liwat. Ezam juga berkongsi pelbagai info dengan Datuk Nallakaruppan, rakan sepermainan tenis Anwar.

Ezam berjiwa perjuangan. Ezam masuk 2 jail kerana Anwar. Dia di tahan di ISA Kamunting dan penjara Kajang selama 4 tahun. Budak Anwar sekarang - Azmin, Saifuddin cuma pandai cakap dan bersandiwara tapi kesetiaan mereka tidak sampai menghumbankan mereka ke penjara. Ini berbeza sekali dengan perjuangan Ezam.

Ezam menyimpan seribu rahsia Anwar yang orang lain tidak tahu kerana Ezam pernah menjadi orang kepercayaan nombor wahid Anwar dan Azizah.

Kita saksikan esok serangan berani Ezam kepada boss lamanya yang begitu bernafsu seks liwat dengan bekas pembantu peribadinya, hingga pembantu nya itu tak tahan lagi, insaf dan mendedahkan segala-galanya.

3 comments:

jiwakita said...

salam.....

Adakah Ezam akan membuktikan sesuatu
secara lisan atau akan ada bukti
bertulis atau rakaman yang akan didedah esok hari untuk di jadikan bukti baharu???...jeng-jeng-jeng!!!

"teringat pula filem court trial...
saksi membawa bukti"..mahkamah response terhadap bukti baharu itu...filem apakah itu?

realitinya bolehkah berlaku di mahkamah ini...zzzz..ahhh.%%&&###
bermimpikah aku?

Anonymous said...

Aku harap Azmin ada esok baru meriah
Esok nak tengok muka Anwar macamana pulak dengan Azizah kalau ada Dato Nalla lagi best

azroy295 said...

saudara ezam senator bukan YB ok