Monday, May 17

Formula Father Khalid Samad berhasil

Sibu, nama yang indah. Tapi Sibu dah sebu untuk BN. Ia jadi sebu bila lama sangat tak "servis". "Overhaul" jauh sekali. Kolesteral yang semakin tebal dan terus menebal ini lah yang boleh membunuh kerana sakit jatung, darah tinggi dan kenching manis.

Puncanya apa ?? Kolesteral yang tinggi, bacaan melebihi 5. Kolesteral jadi tinggi sebab makan tak jaga, tak pernah pantang makan. Kayu dan batu pun di telan nya. Bila bacaan dah semakin tinggi ini lah kena jaga makan. Ambil ubat "lipitor" untuk kurangkan kolesteral.

Ramai pemimpin BN yang terperanjat bila Sibu dimenangi oleh Dap. Tapi kami tak terperanjat. Memang ditahap sekarang mana-mana kerusi yang majoriti pengundinya orang cina amatlah sukar sebenarnya untuk BN pertahankan atau menang. Itu realiti bukan fantasi.

BN tak belajar dari Hulu Selangor. Di Hulu Selangor dalam PRK yang lepas, kawasan pengundi cina, kaw-kaw kalah. Di kawasan Dun Kuala Kubu Baru, kawasan cina semua kalah. Hulu Yam Barat dan Timur, kawasan cina semua kalah.

Ini menunjukkan pengundi cina mahukan pembaharuan yang lebih drastik. Mereka melihat Dap boleh dipercayai untuk memperjuangkan pembaharuan ini. Mereka tidak percaya Mca dan Gerakan mahupun Supp. Bagi mereka ketiga-tiga parti cina ini masih dalam krisis.

Mca masih mamai walaupun berjaya menyelesaikan kemelut dalamannya. Gerakan masih tidur, haluan perjuangan parti ini masih kabur dimata masyarakat malah kadang-kadang menjadi lebih Dap dari Dap. Manakala Supp pula konfuse dengan politik "clique" dalam partinya sendiri.

Pengundi cina tidak boleh dibeli dengan mudah. Mereka hendak parti cina yang kuat mewakili mereka. Hanya jika Mca atau Gerakan atau Supp kuat, baru BN akan merasa undi orang cina. Umno tidak boleh deliver undi orang cina. Walaupun DS Najib turun Sibu berhari-hari, itu belum cukup untuk mengubah persepsi orang cina untuk menyokong BN.

Dap datang ke Sibu dengan membawa rombongan besar dari semenanjung. Lim Kit Siang anak beranak datang. Karpal anak beranak juga datang. Kesemua 28 MP Dap berkampung di Sibu. Berpuluh-puluh ADUN Dap juga membanjiri Sibu. Dap di ganding erat oleh Anwar Ibrahim anak beranak.

Pas pula hadir membawa Pakej Istimewa menjual nama Allah. Nyata pakej istimewa Pas ini mendapat sambutan sangat diluar biasa. Buktinya apabila undi Dap bertambah hampir 3 ribu orang. Semua tahu lebih dari 60 peratus penduduk cina Sibu beragama kristian. Tentunya pakej istimewa ini dibeli secara borong yang memboleh undi Dap bertambah dengan banyaknya.

Tahniah Khalid Samad MP Shah Alam dan Dr Mariah MP Kota Raja yang menjadi pelupor Pakej Istimewa ini. Mereka tidak kisah digelar kufur oleh Dr Harun Din. Bagi mereka dalam mendapatkan kuasa, segala perkara perlu digunakan. Halal tak halal, benar tak benar itu belakang kira. Kuasa adalah segalanya bagi mereka.

Supp jadi bodoh sombong di Sibu dengan menyatakan politik Sarawak tak sama dengan semenanjung. Supp lupa dalam politik tiada garis sempadan negeri. Yang penting dalam politik adalah informasi. Di sibu juga ada media baru yang menjadi medium maklumat dan interaksi yang paling cepat untuk menanam persepsi.

Gaya politik rapat umum yang diimport dari semenanjung juga menguntungkan Dap. Ceramah besar di beberapa tempat kaum cina dibandar Sibu yang menggumpulkan ribuan penonton juga menyebelahi Dap dengan pukulan retorik Anwar, Hj Hadi dan Kit Siang.

Yang nyata gerakan media maya dan media ceramah menjadikan PRK Sibu sengget sebelah kepada Dap. Cuma BN saja yang cuba nafikan. Pemimpin BN wajar kurang berlakon. Bagaimanapun kesungguhan DS Najib turun padang lebih dari 5 kali di Sibu amat lah membanggakan. Pemimpin kanan BN yang lain cuma nak "punch card", menghabis beras tanpa menambahkan undi untuk BN. Bila agaknya mereka nak betul-betul sedar ??

6 comments:

light said...

Salam, dalam kemelut terkini antara BN dan pembangkang terlebih dahulu BN harus melihat kedalam kesatuan mereka (BN) ternyata Cina tidak akan memberi undi kepada BN walau pun BN menjanjkan bulan dan bintang. Sekiranya BN ingin terus memerintah maka BN harus memenangi hati orang Melayu dahulu. Kerja ini dibawah UMNO.Persiapkan kekuatan orang melayu dulu disegi fizikal dan mental. Harus ingat sekira semua undi melayu akan memilih BN atau calon UMNO inshaallah melayu akan memenagi kerusi parlimen yang banyak. Undi Cina (MCA dan Gerakan) serta (MIC,IPP atau IPF) tidak boleh diharap terutama MIC kerana bangsa ini selalunya atas pagar. Melayu pun dah terguris hati. Tumpukan PRU 13 kepada kaum Bumiputra (Melayu) inshaallah kemenangan majority kepada Melayu. Lebihkan peruntukan kepada melayu, hulurkan bantuan, projek dan semuanya untuk memertabatkan Bangsa Melayu. Kaum mamak ini ketepikan dulu sebab orang melayu tak brapa suka ngan mereka sebab sifat mereka lebin kepada hati India (sama jenis). Tumpukan sepenuhnya kepadaMelayu. Hal Cina bagi kepada MCA, India kepada MIC. Kerusi mejorityMelayu, bubuh calon melayu. Jangan bagi subsidi kerusi kepada yang bukan majoriti. PAS dan PKRdan sampai ke penghujung jalan, jangan pedulikan. Orang Melayu dan belajar dari kes kesyang terjadi. Biar itu jadi pengalaman yang pahit bagi mereka. UMNO kena kerja keras pedulikan apa Cina dan India nak cakap yang penting UMNO kena berani berada diruang lingkup yang lebih luas. Jangan jadi termakan budi dan berasa terhutang budi dgn Cina dan India. Ini tanahair kita kita yang congakkan dan kita yang tentukan. Inshaallah PRU 13 Melayu akan lebih berkuasa dari PRU sebelumnya. Yakin dan terus berusaha. Menteri melayu yang tak berfungsi sepenuhnya dalam membantu ajenda Melayu ketepikan mereka dan gantikan dengan yang lebih efisien dan diterima orang melayu setempat. Calon mestilah diterima dan diiktiraf kehebatnya dari segi kerohanian dan juga perjuangan serta mempunyai hati melayu yang sejati. Melayu Islam mesti memimpin orang bukan Islam dan bukan orang Islam yang memimpin orang Islam. Hakikat ini harus difahami oleh orang melayu dan juga pemimpin tertinggi melayu.
Allah , Allah, Allah.. Maha Besar.

ORANG KG said...

salam bro,


mereka-mereka ini akan sedar bila kuasa ditangan sudah beralih ke tempat lain....emmmmm

Anonymous said...

salam 1malaysia pak warisan.

apamace kawam 1malaysia kalah teruk kat sibu. tu lah blog mace dema ini ingatlah sikit kat pemimpin Bn tu bagi lah peruntukan dan pembangunan kepada mereka yg hak seperti nasib mereka yg tinggal dirumah2 panjang ! apakah pemimpin BN ni buta mata dan buta perut ke tentang kedaifan rakyat dipendalaman sibu dan tentang prasarana yang tidak sempurna sampai 5 penggal BN pegang baru PRK sibu baru nak selesaikan. nampak sangat baso jenis tahu tabur janji benda dah berlarutan lebih 50 tahun pun tak boleh selesai.

jiwakita said...

salam....

cina kembali ke Bn bila spt matlamat
DAP...PM dari kaum cina,hasil negara
ke ribaan tercapai seperti mana bidang ekonomi juga....

tiada halanganpun untuk mereka
sebagai rakyat mendapatkannya..

jika asasnya hak asasi manusia
dan tiada diskriminasi kaum
dilaungkan?

akhirnya..bukan kembali ke BN
malah lebih dari itupun mereka
boleh jika kesatuan mereka
mantap....

yg tersisih atau melukut di tepi gantang hanya untuk kaum yg lemah
kesatuan tapi kuat nafsunya....

lambang kekuatan melayu..hanya replika...retorika..atas kertas semata.

Wake UP! said...

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

Questions answered

kembara putih said...

Sedih tengok keadaan di Sibu yang daif, murid ke sekolah bergayut meniti tali melintas sungai tak ubah seperti monyet. Dah 50 tahun merdeka tak sepatutnya berlaku lagi. BN kena ikhlas buat kerja, bukan hanya tabur janji selepas YB mati saja.