Monday, May 31

Khalid haramkan judi bola di Selangor - Tahniah !

Warisan nak ucapkan tahniah kepada Khalid MB yang telah mengharamkan judi bola sepak di Selangor. Namun ada beberapa persoalan dalam hal judi ini yang warisan rasa konfuse. Adakah mungkin Khalid tak khatam belajar Fiqh atau dia "failed" masa ambil subjek Fiqh Muamalat dulu ?

Kita hairan Khalid terjumpa ayat AlQuran mana dan hadis mana yang menyebut judi bola itu sahaja yang haram. Dari nas mana Khalid buat keputusan ? Atau Khalid guna buah dadu untuk buat pilihan haram dan halal dalam Islam ?

Setahu warisan semua judi itu haram. Samada judi ekor, judi toto, judi magnum, judi mesin slot, judi kuda, judi fanfair atau judi golf, itu semua haram hukumnya Khalid. Semua judi-judi yang disebut ini masih bergentayangan di Selangor wahai Khalid oooi. Malahan judi Fanfair sangat rancak di zaman Khalid jadi MB ini.

Bukan setakat judi, di Selangor juga kaya dengan rumah urut. Semua jenis urut ada. Sebut saja. Semua ada. Ada yang tawar urut yang bawah sekali, urut kaki. Ada juga yang tawar urut anu lelaki dan anu perempuan, itu pun ada, malah yang paling banyak kot. Yang tawar urut seluruh badan pun tak kurang banyaknya. Kalau satu badan tu faham-faham lah, A to Z. So rumah urut, sarang maksiat ni bila nak haramkan wahai Khalid ooooi ?

Di Selangor juga ada exco simbol Seks. Semua orang dah tahu kot. Hebat macam marilyn monroe. Exco ini suka bergambar bogel. Bogel sampai nampak anu nya. Serius tau, bukan main-main. So Khalid bila pulak nak haramkan Exco simbol seks ini ?

Di Selangor juga ada raja Kuda. Dia peminat no satu judi Kuda di Selangor. Malah dia ada memiliki kuda untuk berjudi. Nama salah satu kudanya - Kelantan. Kuda-kuda belaan raja kuda ini pernah menang hadiah, ratusan ribu ringgit. Bila yer Khalid nak gam raja kuda ni ?

Rakyat sangsi bila tiba-tiba Khalid jadi alim dengan ambil keputusan nak haramkan judi bola. Mungkin Khalid dapat nasihat dari alim ularnyak seperti Ronnie Liew dan Ustazah Ellie Wong untuk buat Ijtihad mengenai judi bola ini.

2 comments:

Anonymous said...

Sdra Warisan2057,

Lebih baik buat sikit dr langsong x buat apa!!
Di harap bloggers yg pro UMNO/BN juga dpt memberi tekanan yg serupa terhadap negeri2 yg dikuasai mrk, jgnlah kita dok komen psl rumahtangga org je,rumah sendiri lg kena jaga barulah tetamu ada selera nk masuk.

Yg melihat & mendengar.

Anonymous said...

saya sokong kenyataan anon 31 may 11:53AM, saya nak tanya saudara Warisan, yang mana lagi baik? tambah lesen judi atau kurangkan lesen judi, segala judi2 yang ada di selangor skrg ni pun dtg dari pemerintahan UMNO/BN selama lebih 50thn dulu, ada kah dgn 2 thn pakatan rakyat memerindah dpt membenteras segala judi2 tersebut?

ini ibarat membuka pekung didada sendiri dgn mengatakan di selangor byk pusat2 judi dan maksiat, perlu diingat siapa yang memerintah selangor selama 50thn dahulu.

BN tambah lesen judi, pakatan terpaksa berhempas pulas menghalangnye, org buta pun boleh nampak masalah ni.