Syabas Idris Jalla kerana beritahu Malaysia akan bangkrap menjelang tahun 2019 jikalau kaedah fiscal negara tidak diperbaiki. Beliau mencadangkan subsidi dihapuskan sebagai senjata untuk membuat perimbangan dasar fiskal negara.
Subsidi bukan satu nama baru. Pernah satu ketika dahulu melayu dituduh sebagai bangsa subsidi. Tun M sendiri pernah mencadangkan tongkat yang ada dikalangan orang melayu di hapuskan untuk menjadikan melayu bangsa yang berjaya.
Namun setelah negara kita meningkat maju, subsidi telah diagihkan kepada semua bangsa tanpa kita sedari. Melayu, Cina, India dan Sikh serta Serani, Iban, Kadazan, Melanau atau orang ulu juga adalah bangsa subsidi. Kini semua orang tanpa mengira keturunan menerima subsidi.
Mentaliti subsidi untuk bangsa melayu sahaja telah terhakis sama sekali.
Semua orang dapat subsidi minyak iaitu minyak petrol atau diesel atau minyak masak atau gas. Lain-lain subsidi termasuklah gula, tepung, elektrik. Tak kira orang itu sangat kaya atau sangat miskin, dia akan dapat subsidi ini.
Tak kira dia guna Mers E class atau BMW 7 series dia terima subsidi walaupun dia begitu super kaya. Semua tahu yang super kaya ini adalah orang cina yang berjumlah 24 peratus penduduk negara ini. Mereka menguasai lebih dari 70 peratus kek ekonomi negara. Kerajaan BN telah menjadikan mereka bangsa yang kaya raya dibumi Malaysia.
Timbul persoalan wajarkah subsidi untuk mereka yang berada didalam kelas atasan dan menengah yang majoriti besarnya adalah orang cina ? Idris Jalla wajar menarik balik subsidi untuk golongan ini dahulu sebelum hendak mencabutnya dari orang Melayu yang cuma menguasai 17 % kek ekonomi negara.
1 comment:
Tarik subsidi dari bangsa pendatang Cina yang kaya dan mendahului dengan jumlah 8 dari 10 senarai orang terkaya di Malaysia.
Post a Comment