Di Selangor hebat. Kerajaan PR telah memberikan subsidi air kepada seluruh rakyatnya, tanpa mengira bangsa, kaya atau pun miskin. Regim Khalid kini memerah susu kerajaan lama BN dengan membayar RM 12 juta sebulan kepada SYABAS. Setahun regim khalid memerah rm144 juta dan selama lima tahun memerintah mereka akan memerah rm720 juta.
Regim Khalid tersepit dengan manifesto pilihanraya 2008 dan mereka membelanja wang kerajaan negeri macam wang bapak mereka. Bagaimana mereka memerah rm144 juta setahun, caranya adalah dengan mengarahkan satu persatu anak syarikat kerajaan negeri menjual aset yang ada seperti tanah, bangunan dan perniagaan. Kalau kerja kerajaan BN dahulu adalah membina dan mengurus, kerja rejim Khalid adalah meruntuh dan memusnahkan apa yang ada.
Jikalau Idris Jalla menjangkakan Malaysia akan bangkrap kerana subsidi menjelang 2019, warisan menjangkakan Selangor akan bangkrap 2013. Dengan pengurusan kewangan boros 'hari ini untuk hari ini' oleh regim Khalid serta defisit belanjawan negeri yang melebar, Selangor yang 'gemuk' 2007 akan menjadi Selangor yang 'kurus' tinggal tulang 2013.
No comments:
Post a Comment