Tuesday, June 8

Kempen tangkap POLITIKUS ??


Macam-macam program menghabiskan wang kerajaan negeri Selangor. Yang terbaru adalah program Tangkap Tikus. Ada upah tau , seekor tikus boleh ditebus dengan kerajaan negeri dengan harga rm2.00. Kreatif sungguh regim Khalid perhabis peruntukan wakil rakyat. Rakyat nak tanya kepada SPRM program macam ini bukan dikira sebagai salah guna kuasa ke ? Apa macam pulak kalau esok lusa, PKR anjur kempen cari kutu ? Terima kasih kepada GAP yang telanjangkan Yang Berhormat yang anjur kempen perbodohkan minda rakyat ini.

Cuma rakyat nak cadangkan kepada Rejim Khalid, tikus ada banyak jenis tikus. Ada Tikus mondok dan ada juga POLITIKUS. Selain dari menghapus tikus mondok elok juga Kerajaan Negeri Selangor berkempen program tangkap politikus. Ada banyak politikus yang perlu di tangkap di Selangor. Pertama politikus yang sudah berpuloh kali tangguhkan kes liwat nya di mahkamah, dia memalukan rakyat Selangor kerana dia berjawatan sebagai punai sihat ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Kedua politikus yang tipu Tuanku Sultan dan Rakyat Selangor yang sebut kutipan hasil pasir Selangor akan meningkat kepada rm150 juta ringgit pada sidang DUN Selangor 2009. Ketiganya politikus yang makan rasuah pasir di Selangor.

Tikus tak bersalah. Tikus ada hak untuk hidup. Tikus juga ada hak asasi. Tikus membiak di Selangor sekarang kerana negeri Selangor adalah negeri yang kotor dengan sampah sarap. Tak caya ? Cuma anda pergi ke Klang, ke Ampang ke Shah Alam ke PJ, sampah sarap tak dikutip ditepi jalan. Manusia yang mengurus sampah sarap adalah Kerajaan Negeri melalui agensinya Majlis Perbandaran. Apabila pengurusan kerajaan negeri tidak cekap maka pengurusan kerajaan tempatan juga tidak cekap.

Kalau kita tanya kontraktor kenapa lembap sangat angkut sampah, mereka akan jawab mudah. Sebabnya, Majlis Perbandaran lambat buat bayaran. Ada yang sebut bill bulan Januari pun majlis tak settle lagi. Oiiii 6 bulan sudah pun tak setlle lagi. Khalid ingat angkut sampah ini guna air liur sahaja. Jaga pasir dapat 6 bulan bonus, namun yang kutip sampah ini 6 bulan tak bayar. Kontraktor terpaksa berhutang dengan along untuk bayar gaji pekerja.

Syabas punai sihat ekonomi kerajaan negeri Selangor.

1 comment:

Wake UP! said...

Baik dihebohkan kempen tangkap pelacur atau homoseksual yang menawarkan urutan di pusat urut haram.

It's a miracle that non of the Israeli commandos was killed by the so called terrorists.