Wednesday, June 9

MP BN tak de TELOR ??

Jawatankuasa Parlimen panggil Nazri

KUALA LUMPUR 8 Jun – Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen hari ini menangguhkan keterangan bela diri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaannya konsep 1Malaysia diilhamkan Apco Worldwide, perunding Amerika Syarikat yang sama di belakang kempen One Israel.

Penangguhan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan, yang sepatutnya mendengar keterangan bela diri itu hari ini, menolak permohonan Anwar supaya ahli Parlimen pembangkang lain turut serta dalam prosiding itu sebagai pemerhati.

Mesyuarat jawatankuasa berkenaan juga ditangguhkan bagi membuat keputusan mengenai peranan yang akan dimainkan peguam Anwar, Datuk Ambiga Sreenevasan yang juga bekas presiden Majlis Peguam Malaysia dalam prosiding berkenaan.

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, mesyuarat akan disambung esok dengan memanggil dua saksi iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan wakil Apco Worldwide.

“Anwar akan dipanggil semula pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen selepas mesyuarat itu ditangguhkan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hasil mesyuarat hari ini.

Pada 22 April lepas, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara untuk merujuk Anwar kepada jawatankuasa tersebut berikutan usul yang dibentangkan oleh Mohamed Nazri.

Apco Worldwide yang menafikan dakwaan Anwar berkata kerajaan Malaysia menggunakan khidmat mereka selepas konsep 1Malaysia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dakwaan penglibatan firma itu dalam kempen One Israel adalah palsu.

Sumber ; Utusan Malaysia

Komen warisan ; Adakah Parlimen Malaysia nak jadi macam Mahkamah Malaysia yang kerjanya melayan kerenah OKT yang mahu tangguh, tangguh dan tangguh kes ?? Atau mungkin BN kurang mempunyai MP yang berkemampuan untuk " head to head " dengan peliwat tegar ini ? House PK kata MP BN penakut. Penakut tu sama lah dengan tak ada telor. Belajar lah bagaimana Teng Chang Khim membalun Khir Toyo di Dun Selangor sehingga bekas MB Selangor itu digantung selama setahun kerana mempersoalkan Selcat.

Kalau gitu gaya nya formula penyelesaian nya mudah wahai PM DS Najib, lantik Panglima DS yang namanya Senator Ezam Md Nor sebagai Menteri. Manusia seperti Ezam sudah terlatih untuk berjuang dalam sebarang arena. Dia punyai pelbagai keberanian untuk melawan bekas bossnya walaupun dimana sahaja. Ezam pernah masuk penjara dan ISA kerana perjuangan. Berhadapan dengan si pengkhianat bangsa di Parlimen merupakan ujian nombor wahid kepada Ezam sebagai pejuang generasi muda 1Malaysia.

Masa sudah tidak menyebelahi BN, kalau si penghianat bangsa ini tidak diganyang sungguh-sungguh jangan fikir mudah bagi BN untuk melihat sinar di ufuk PRU 13. DS Najib wajar dibantu oleh Panglima yang benar-benar berani berhadapan dengan musuh sebenar. Mempunyai Panglima tempang, semestinya membawa kemudaratan kepada memanda Bendahara.

2 comments:

Anak Lenggong said...

Ini dia perangai saorang penakut seperti nuar dia cuma berani dengan bantuan dan kehadiran pacacainya sahaja...tujuan dia memohon agar pacacai nya buat bising sewaktu prosiding tu berjalan..so benda ni boleh ditangguhkan lagi...

Sudah laa nuar tak cukup ke lagi dengan bantuan sikarpal ngan siva serba rasa tu...ko ni dayus laa nuar..penyokong asyik dok kena tipu jee

Wake UP! said...

Anwar Ibrahim ini bodoh. Biarkan saja dia bersuara dan menyerlahkan lagi kebodohan dirinya yang membuktikan dia tu ejen Israel.

Forced to stop proceeding to Gaza.