Thursday, June 3

Syabas Khalid - 3 bulan niaga sudah bagi Bonus 6 bulan

Selcat pertikai bonus 6 bulan

SHAH ALAM 2 Jun - Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) hari ini dipersoalkan berhubung perbelanjaan dan pengurusan kewangannya apabila didapati memberikan bonus enam bulan kepada kakitangannya meskipun baru tiga bulan ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada Julai 2008.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Teng Chang Khim yang mempersoalkan kewajaran itu berkata, pemberian bonus berkenaan dilihat seolah-olah tidak begitu rasional memandangkan syarikat berkenaan masih baru ketika itu.

Malah katanya, pemberian bonus sebanyak dua bulan yang dibuat dalam tempoh September 2008 manakala bakinya secara purata 3.5 bulan sehingga Jun 2009 itu sebenarnya dilihat meragukan kerana ketika itu KSSB hanya mempunyai dua lombong pasir yang beroperasi untuk menjana keuntungannya.

"Bagaimana sebuah syarikat yang baru ditubuhkan membayar bonus dalam jumlah yang besar (enam bulan) kepada kakitangannya sedangkan syarikat-syarikat besar seperti MAS dan Maxis Berhad (syarikat telekomunikasi) tidak memberikan bonus sebanyak itu," katanya.

sumber : utusan malaysia

Komen warisan ; satu lagi projek Punai Sihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Satu lagi bukti Selangor akan bangkrap 2013.

Gigit jari lah kakitangan PTG yang selama ini menjaga hal ehwal pasir. Berapa banyak Khalid bagi bonus kepada mereka tahun lepas ?

Untung nya jadi pemimpin PKR sekarang, harta negeri jadi harta bapak mereka punya !!! Jangan takut SPRM kerana mereka sudah berada dalam genggaman Punai Sihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.

1 comment:

joe said...

kalid kan gagap. sebenarnya dia nak cakap takde bonos tapi tercakap 3 bulan. huhuhu.....