Monday, July 5

Apa Agenda KJ membalun Ezam ?


Warisan sangat kurang arif dengan sikap Khairy Jamaluddin yang seakan-akan anti kepada pemimpin yang mempertahankan Institusi Melayu. KJ dalam banyak keadaan rela membalun pemmpin-peimipin ini malah mempertahankan pemimpin cina. KJ balun Ibrahim Ali dan PERKASA.

Hari ini KJ membalun Senator Ezam Md Nor pula. Apa agenda KJ ?

Berikut adalah kenyataan Ezam mengenai isu Istana Negara baru yang diputar belit oleh KJ :

Agenda Jahat Rosakkan Institusi Negara - Ezam

Saya mempunyai bukti bahawa akhbar The Star dan laman web Malaysiakini ada agenda jahat terhadap projek Istana Negara yang baru [dalam pembinaan] dan mereka berselindung disebalik isu buruh asing.

Fokus mereka adalah untuk menimbulkan rasa marah rakyat terhadap projek negara dan sengaja memperbesar-besarkan isu gaji buruh asing yang sedang bekerja ditapak pembinaan projek tersebut.

Malaysiakini mewar-warkan projek itu sebagai Istana Airmata "Palace of Tears".
Manakala The Star pula bersekongkol dengan orang kanan pemimpin parti pembangkang yang beberapa hari sebelum itu terlebih dahulu mencemuh projek Istana Negara dengan menyamakan kos projek pembinaan istana ini sama dengan kos theme park di eropah.

Saya mempunyai kesemua bukti bukti dakwaan saya ini dan akan menyerahkannya kepada Kementerian Dalam Negeri [KDN] dan Majlis Raja Raja dalam tempoh waktu yang terdekat.
Saya tegaskan bahawa inilah bukti manupulasi JAHAT anasir yang ada agenda mahu merosakkan institusi asas negara.

Ianya bukan satu isu rasis kerana Istana Negara bukan istana untuk sesuatu bangsa tetapi ianya istana bagi negara ini.

Hanya orang yang rasis sahaja melihat negara sebagai bangsa dan mereka yang rasis adalah The Star dan Malaysiakini.

Senator MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Ahli Dewan Undangan Negara Malaysia


Ini pula lapuran akbar The Star yang memetik kenyataan KJ mengenai perkara yang diperjuangkan oleh Ezam.

PETALING JAYA: The controversy involving unpaid foreign workers at the new palace construction site should not be turned into a racial issue, said Umno Youth chief Khairy Jamaluddin.

He said Senator Ezam Mohd Nor had blown the issue out of proportion when he accused Malaysiakini and The Star of being “anti-national institutions and against Istana Negara.”

“Highlighting the plight of these workers is not only to bring justice to the foreign workers but also to ensure that the contractor delivers a good job and the palace is built properly for the royal institution,” he said.

Khairy said if the reports had been inaccurate, the contractor should come forward and clarify the matter.

GAP mempunyai pandangan yang sangat kritis mengenai perangai KJ ini.

1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Bro, apa yang KJ buat adalah melawan arus yang disengajakan untuk mencari publisiti dan mengalihkan perhatian supaya isu sebenar, Anwar yang melutut dan sujud pada zionis tidak begitu luas sebarannya.

Dalam keadaan segenting ini, Kj harus rela berkorban demi boss dan sekurang kurangnya dia mengharapkan jawatan kabinet jika satu lagi bossnya berhasrat menutup mulutnya.