Saturday, July 31

SSDE Bongkar - budak suruhan Hassan Ali Pengarah KSSB

Sinar melapurkan Hassan Ali sebagai berkata yang Roadshow Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) adalah usaha terdesak Umno Selangor yang dilihat Hassan Ali semakin malap. www.medan-info-kita dan www.gerakan-anti-pkr telah mengulas perkara ini.

Apa yang sebenarnya yang ditakutkan oleh Hassan Ali dalam gerakan SSDE ? Ada hantukah, ada pontianak kah, ada polongkah ? Atau sebenarnya Pas sudah takut dengan bayang-bayang sendiri. Apabila Pesuruhjaya Pas Selangor itu sudah bagi signal ketakutan itu, maka sah lah ada perkara yang cuba disembunyikan oleh Hassan Ali.

Adakah Hassan Ali nak sembunyikan Pas selangor ada kroni yang dapat habuan business pasir Selangor yang sudah jadi barah pentadbiran Perosak Rakyat di Selangor. Umum sudah tahu anak didik Hassan Ali, Khairuddin Othman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor adalah Pengarah Eksekutif KSSB.

Apa peranan ustaz Khairuddin ini dalam KSSB ? Sebagai tukang baca doa makan ? Makan sampai kenyang ? Makan pasir atau makan duit pasir. Makan atas meja dan makan bawah meja ?

Macam-macam jenis makan Pas sekarang ini. Semuanya kerana kuasa. Bila sudah berkuasa rupanya hilang halal haram. Yang halal memang halal, yang haram jadi halal.

Bongkaran-bongkaran seperti ini lah yang ditakuti oleh Hassan Ali. YB Ezam, Zahid Md Arip, Hamdan Taha dan Lokman Adam adalah mereka yang menjadi anchor penceramah SSDE. Mereka faham Pas kerana mereka pernah berceramah diatas pentas Pas. Mereka pernah bercium molot dengan pemimpin Pas. Mereka tahu tembelang Pas luar dan dalam.

Inilah yang menjadikan Hassan Ali takut dengan bayang-bayang sendiri. Dia takut di balun dan di telanjangkan oleh anak-anak muda ini yang kenal dia luar dan dalam. Pas kini semakin irrelevant kepada perjuangan Islam. Perjuangan poket dan tembolok lebih utama bagi pemimpin-pemimpin Pas Selangor sekarang.

1 comment:

Ular Menyusur Akar said...

Sampai sekarang aku masih tak dapat perbedzaan kelebihan pas dari UMNO walaupun tentang Islam. Pentadbiran, jauh sekali. Dasar parti? Hanya pada kertas dan theory. Tidak pada perlaksanaan.

Haram untuk orang, halal untuk sendiri. Syabas UMNO Selangor. Awas. Tidak semua yang hadir itu sahabat.

Berhubung dengan sinar, jangan di gusarkan. Taulah blogger pro kerajaan membetulkannya. Mkini yang menerima dana luar dah tekan sikit brek inikan pula sinar sekadar sumbangan dari dalam negeri. Belanjawaan pun dah defisit.

Aku nak lihat anak muda selangor sendiri yang berada di barisan depan dalam SSDE ni. Jadikan Ezam hanya elemen memperkukuh mencapai maksud. Nanti orang kata, tanpa Ezam UMNO tak terdaya. Aku masih yakin pemuda mempunyai sekawan kuasa rempuh.

agbr47: Pandai Liu ikat kaki hassan.