Thursday, August 26

Siapa Politikkan Masjid ?


Kenapa UMNO di sekat masuk Masjid ? PKR boleh ? DAP boleh ? PAS lagi boleh ?

Sahabat warisan terpanggil untuk membuat sedikit ulasan terhadap coretan Another Brick in the Wall semalam. Ada beberapa perkara yang memerlukan penjelasan agar kita tidak terkeliru dengan apa yang berlaku.

Pertamanya majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh PM DS Najib di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan bukan diadakan di dalam masjid atau dalam perkarangan masjid. Jadi soal salah guna masjid tidak timbul. Sebaliknya majlis berbuka puasa itu diadakan diatas jalan di perkarangan rumah pangsa yang kebetulan berhampiran masjid As Salam yang berkenaan.



Warisan bersetuju dengan Roslan SMS jika program bersama pemimpin atau program politik diadakan dalam masjid atau perkarangan memang tidak boleh. Sebab masjid bukan tempat berpolitik. Namun itu lah yang sering dilakukan oleh pemimpin Pas yang sering menggunakan pentas Tazkirah dan mimbar Jumaat untuk menyebarkan dakyah politik sempit mereka. (Lihat gambar diatas)

Keduanya selepas habis majlis buka puasa itu barulah DS Najib masuk masjid. Beliau mengambil wudhu dan solat maghrib berjemaah. Selepas selesai solat maghrib para berjemaah mengerumuni DS Najib untuk bersalaman. Nampak kemesraan yang nyata antara DS Najib dan jemaah. Namun ada segelintir jemaah yang duduk ditepi (mungkin jemaah pro Pas) telah berteriak takbir. Mungkin hendak menduga DS Najib. Ds Najib mengambil langkah bijak dengan menunaikan solat sunat maghrib selepas itu.

Ketiganya selesai solat sunat itu, Iman Masjid itu bersalaman dengan DS Najib dan iman itu terus menyampaikan Tazkirah lepas solat maghrib. DS Najib amat akamodatif dan nampak selesa pada malam itu, beliau duduk bersila dan mendengar tazkirah yang disampaikan lebih kurang selama 30 minit itu.


Keempatnya DS Najib terus menunaikan solat Isyak berjemaah selepas itu. Dan kemudiannya beliau menunaikan solat Terawikh berjemaah. Solat Terawikh 8 rakaat dan witir 3 rakaat itu berakhir lebih kurang jam 9 45 malam. Selepas itu DS Najib sekali lagi dikerumuni jemaah untuk bersalaman. Selesai bersalaman dengan penuh mesra DS Najib terus pulang.

Tidak ada sebarang ucapan didalam masjid yang disampaikan oleh DS Najib atau mana-mana pemimpin politik selama mereka berada didalam masjid. DS Najib tentunya amat arif bahawa masjid adalah tempat ibadah khusususiah, bukan tempat untuk berpolitik. Sepanjang petang dan malam itu DS Najib diapit oleh DS Noh Omar dan DS Dr Khir Toyo.

Adalah tidak masuk akal jikalau mana-mana pihak yang menyebut kehadiran DS PM ke masjid perlu mendapat kelulusan dari pihak masjid atau Jais atau Hassan Ali! Nak solat pun kena tulis surat ke ? Amat jahil murakab lah EXCO agama kalau pandai nya cuma boleh beri ceramah motivasi tapi jahil peraturan Fiqh dan Syariah serta Enakmen Pentadbiran Islam di Selangor.





Akhirnya kalau ADUN PKR dan MP DAP (lihat gambar-gambar diatas) yang bukan Islam pun boleh boleh masuk masjid dan surau , beri Tazkirah lagi. Kenapa Perdana Menteri Malaysia yang Islam disekat di Selangor, hanya boleh bersolat sahaja dalam masjid, berucap tidak boleh , dilarang ? Kenapa segala-galanya mereka boleh ?

Siapa yang sebenarnya selama ini mempolitikkan masjid ? Kepada pemimpin PAS, PKR dan DAP, kroni atau talibarut mereka janganlah anda terus membodohkan akal fikir rakyat.


3 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

kepada PAS dan PKR jangan jadikan kebijaksanaan yang ada ketahap kebodohan dan kebanganggan yang melampau!

Anonymous said...

YANG BENAR AKAN MENANG WALAU PUN PADA AWALNYA MEREKA DISEKSA.YANG JAHAT DAN KUFUR AKAN JATUH JUA .

ALLAHUAKABAR.ALLAH MAHA BESAR.TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAIN KAN ALLAH,NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.

nizam9090 said...

Adakah dengan bantahan dan juga komen di akhbar akan merubah corak pentadbiran PAS, DAP dan PKR? jadi tindakan drastik perlu di adakan... sultan telah murka... tapi apa tindakan wakil2 rakyat UMBO/BN lakukan untuk menjadi pahlawan sebelum sultan bertindak.. mana mufti selangor... yang sepatutnya menjawab dahulu persoalan @isu yang berkaitan... bukannya sultan... apa dah jadi ni.... pejuang-pejuang... isu banyak tapi tidak bandai guna untuk provokasi kepada marti lawan.. sedih... itulah kata orang kalau bodoh boleh diajar, bodoh sombong tak leh anak ajo... bijak juga tak boleh diajar.... tunggu je la PRU13....