Tuesday, September 21

PKR - Bertelor sebiji riuh sekampung

Cara Malaysiakini media kroni pkr melapurkan mengenai mesyuarat agung pkr cabang (bahagian) bagaikan parti ini adalah sebuah parti yg besar. Namun sebenarnya malaysiakini ini lebih sudu dari kuah. Realiti nya jumlah keahlian pkr sangat sedikit.

Maklumat dalaman memberitahu jumlah sebenar keahlian Pkr hanya lah berjumlah 300,000 orang diseluruh negara. Jumlah ini sama atau lebih kurang sama dengan jumlah keahlian Puteri Umno Malaysia atau parti PPP Malaysia.

Jumlah Ahli Pas jauh lebih ramai dari Pkr. Begitu juga jumlah keahlian Dap jauh lebih ramai dari Pkr. Manakala jumlah keahlian Umno adalah terramai iaitu 3.5 juta orang selepas proses "pembersihan" ahli awal tahun ini.

Jumlah ranting ( cawangan ) Pkr juga amat sedikit sebenarnya. Lebih kurang 1/ 10 dari jumlah cawangan Umno dimana-mana bahagian.

Yang juga amat memeranjatkan adalah apabila sebahagian besar ranting tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, namun cabang tetap mengadakan mesyuarat tahunan. Sah ke mesyuarat cabang kalau begitu ?

Parti Cacamarba, itu lah yang lebih sesuai untuk parti yang berhajat benar memerintah negara Malaysia ini. Kalau parti pun sudah cacamarba, bila mereka memerintah negara nanti pun jadi hiruk pikuk lah gamaknya negara kita ini.

3 comments:

Anonymous said...

Teori aku ialah orang yang kalah dalam pemilihan PKR akan bawa kes keahlian hantu, imigrant mengundi dalam mesyuarat agung PKR dan cawangan tak bermesyuarat tapi hantar perwakilan ke bahagian ke Mahkamah seperti Ku Li buat pada UMNO 1987. Natijahnya PKR bakal diharamkan kerana banyak langgar akta ROS dan sejarah bakal berulang.

Anonymous said...

apa pun, dulu ko pun pernah bertanding guna lambang parti ni, cuma sejak jadi setiausaha umno bahagian kapar ni... ko bukan main hentam lagi... hentam laaa

Anak Kampung said...

anon 23 sept,

perjuangan tetap terus setia, wadah tiada yang kekal melainkan Yang Maha Esa.

Yang terbilang biasanya akan melalui pelbagai bahtera, tanya Datuk Onn, tanya TAR, tanya Tun M. Tapi awas jangan karam ditengah lautan.