Monday, November 8

ADEGAN PANAS - Zaid Ibrahim tergolek dog

Perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah demokrasi dunia. Pkr pecah rekod. Dari demokrasi ke demokerusi ke penarikan diri calon tertinggi.

Zaid Ibrahim pagi ini menarik diri dari pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR. Dia juga meletakkan semua jawatan dalam PKR. Ia berkuatkuasa serta merta.

Zaid berkata dia buat keputusan itu kerana pimpinan PKR tak ambil usaha utk membetulkan manupulasi dan tindak tanduk tidak adil dalam pemilihan parti.

Menurut sumber perletakan jawatan ini ada kaitan dengan politik yang keterlaluan dan penipuan jumlah undi yang beliau terima dalam pemilihan timbalan presiden. Ketua JK Pemilihan Pkr Dr Molly Cheah meletakkan minggu lalu atas sebab yang serupa.

Zaid juga berkata parti nilai palsu macam ini tidak akan dapat membuat reform untuk rakyat.

Hebatnya Pkr, bila sarjana matematik macam azmin bertanding timbalan presiden sehingga sarjana undang-undang macam zaid tergolek dog.

Politic is about numbers.

2 comments:

Anonymous said...

zaid merajuk lagi!umno tak baik,pkr tak baik,habis boleh masuk dap atau pas pula lah!

Anonymous said...

zaid letak jawatan ke gantung diri terjun bangunan ke depa peduli apa,lucunya dulu zaid ni juga yg minat setengah mati dgn wawasan pkr ni la ni dlm hati dia kut umno seribu kali lagi baik dari pkr ni.apapun nasib zaid dlm politik tak secerah mana.