Saturday, November 13

Jawapan untuk Khatib Jumaat semalam

Solat Jumaat semalam membaca teks mengenai gejala sosial yang semakin menjadi-jadi. Ia tentu merujuk kepada negeri Selangor.

Teks Khutbah disediakan oleh JAIS. Umum tahu JAIS adalah lubuk Pas di Selangor sekarang .

Kita nak beritahu ustaz-ustaz Pas bahawa tanggungjawab membenteras maksiat adalah tanggungjawab Exco Agama Islam Selangor. Siapa Exco Agama Islam Selangor sekarang ? Buat tak kenal aje.

Apa yang Exco ini buat dalam mesyuarat Exco ? Tidur ? Apa yang Exco ini buat bilamana Ronnie Lui bangunkan rumah urut di seluruh negeri Selangor ? Khabarnya jumlah tempat maksiat (pusat urut, spa, pusat judi, pusat karaoke) di Selangor sekarang berjumlah lebih 6000 buah berbanding cuma 700 semasa BN memerintah. Ini adalah penambahan hampir 900 peratus dalam masa 2 tahun setengah! Hebat tak ? Tentu hebatkan !

Jadi wahai khatib-khatib, jangan lah pandai nak menyalahkan kerajaan semalam sahaja. Bila puak-puak kamu memerintah, sebenarnya Selangor lebih rapat dengan maksiat dan gejala sosial. Res ipsa luquitor !

1 comment:

Anonymous said...

dulu pejuang bila dah dapat exco ,takut kena tarik balik exco.rupa nya bejuang untuk pangkat bukan nya ugama.orang cicak kubing .