Thursday, December 2

30 Perkara Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor 4

16. PKNS telah membelanjakan dengan boros jumlah perbelanjaan perpindahan ke pejabat baru yang tidak munasabah.


17. PKNS telah membazir wang rakyat dengan membiayai sebanyak RM520,000 majlis perkahwinan angkasawan Negara seperti yang di sebut dalam sidang DUN.

18. PKNS telah membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak RM2.3 juta untuk melaksanakan perkhidmatan telemarketing.

19. PKNS telah membazir wang rakyat dengan membayar sebanyak RM 935,000 kepada seorang konsultan untuk berkhidmat selama 6 bulan.

20. Kerajaan Negeri gagal mengurus air Selangor dengan baik sehingga menyekat pembinaan projek saliran air sungai dari Pahang yang boleh menyebabkan Selangor akan mengalami krisis kekurangan air menjelang tahun 2014.

1 comment:

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!