Wednesday, December 22

Hassan Ali dok sibuk makan angin

Tahniah diucapkan kapada sahabat-sahabat yang prihatin yang telah mempertahankan Surau Al-Hidayah, Kampung Melayu, Rawang, Selangor dari di robohkan.

Surau Al Hidayah dibina dizaman BN memerintah Selangor. Namun kerana pertikaian politik, kerajaan negeri Selangor melalui agensinya mahu merobohkan rumah ibadah umat Islam itu ?

Zalim betul kerajaan pakatan. Kalau kovil dan gereja pasti dipertahankan. Tetapi bila tang surau dan masjid hendak terus dirobohkan tanpa ada pertimbangan.

Persoalannya dimana peranan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor. Mana dia pergi ? Dia makan angin diluar negara khabarnya. Al maklum lah bulan Disember akan bulan makan angin untuk Exco kerajaan Selangor.

Kalau begini pendirian kerajaan pakatan, pastinya setiap tahun kita akan menyaksikan ada surau yang akan dirobohkan atas pelbagai alasan. Namun selagi ada hayat dikandung badan selagi itu hak umat Islam akan terus rakyat pertahankan. Syabas sahabat-sahabat GAPS yang berkesempatan melangkahkan kaki ke Surau Al Hidayah.

2 comments:

Anonymous said...

petikan dari: http://www.facebook.com/pages/Pemuda-UMNO-Kg-Melayu-Bt-16-Rawang/171435537784. (22/12/2010, 1.22pm)

Al-Hamdulillah. Khabarnya Surau Al-Hidayah Bandar Rawang akan dikekalkan dan pihak pemaju bersetuju untuk tidak menjalankan pembangunan di tapak berkenaan. Terima kasih dan tahniah kepada pejuang-pejuang bangsa dan agama yang telah mempertahankan tapak surau berkenaan.

Anonymous said...

jangan besok makan sumpah baru dia tahu...

Sebabkan undi agama kau gadaikan ..macam petualang..